Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.
Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.
Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
eka sayang ibu sangat2!!!! xdapat nak eka gambarkan kepada ibu perasaan eka ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pentingnye ibu dalam hidup eka,terima kasih ibu membesarkan eka,susah senang ibu tetap utamakan eka,hanya ibu yang membesarkan eka,eka xboleh hidup atau teruskan hidup tanpa ibu dsisi eka,eka xkenal erti kasih sayang seorang ayah macam orang lain dan eka xpenah merasa pemberian apa2 dari ayah seperti orang lain,eka hanya dibesarkan dengan kasih sayang seorang ibu dan hanya ibu yang memberi eka makan,pakaian dan tmpt tigal,eka hanya ada ibu seorang yang membesarkan eka dari kecil sampai sekarang,jasa ibu akan eka kenang sampai eka mati,akan eka doakan untuk ibu selalu,ibu walaupown kite xmacam keluarga yang lain tapi kasih sayang eka pada ibu akan membahagiakan kite,eka akan balas segala jasa ibu slama ini,eka akan jaga ibu dengan penuh kasih sayang seperti mana ibu sangup bersusah demi membesarkan eka,ibu eka bersyukur dilahirkan didunia ini dalam perut ibu & ibu adalah ibu eka...ibu eka sayaang ibu sampai bile-bile!!!!

No comments:
Post a Comment